Monday 19 December 2011

The last birthday of the year !

Posted by Hidayah

Assalamualaikum...

The last birthday of the year bermaksud dalam kalangan kami 8 orang beradik nih termasuk mak dan abah, Syahrul Nizam(abang kepada aku dan eiyka, adik kepada nurul) adalah orang terakhir dalam family yang memyambut ulang tahun kelahiran pada tahun nie.. kalau yang lain dah lebih awal.. dalam setiap ahli keluarga birthday dia la paling lewat..hihi.. kira the last of the year la tu dalam family kami..dia sorang ..tp tak bermakna 31 Disember..jangan salah faham pulak.. Birthday abang aku, Syahrul disambut pada 18 Disember.. tak buat majlis pun, kami sekeluarga ja yang celebrate..

Kek di-sponser oleh Nurul (kak chik).. Hah ! jangan tertipu dengan rupa kek nih, nampak ja sedap.. tapi rasanya tak sebagos rupanya.. huehuehue.. ok2 ja kek nie.. masih boleh ditelan.

Ini la tuan punya birthday.. :)

tak tau la orang lain punya deria rasa macam mana, sebab takde la pulak dengar komen yang 'kejam' pasal kek nih.. maybe aku sorang ja kot yang lain macam, HAHA..

Hadiah hari jadi paling special, sos thai ! marvelous ! nie favourite abang aku.. ok, yang bab hadiah tu sumpah aku tipu. hehhehe..

Part paling best dan happening ! Gara2 snow spray nie larh aku dikerjakan habis-habisan oleh abang aku..Sepatutnya tuan punya birthday yang terkena, tapi tak pasal2 dia pulak yang kenakan aku, eiyka, nurul, dan isteri dia, aida (yang beli spray nih). Apa cerita ? birthday sapa sebenarnya nih ? nasib baik dia abang aku.. kalau tak dah lama aku balas balik. 

Riuh 1 rumah kami adik beradik dok main benda nie. Pakat dok berebut spray 1 botol nih. Mak dengan abah buat tak tau ja anak2 dia dok buat bising..hehhehe.. tapi mak ada tanya "hampa dok spray apa tu hah ?".. abang jawab " spray ridsect mak !".. huahuahua.. tipu sat ja, lepas tu mak tau.. relaks la mak, bukan selalu..HAHA.. 


Yang ini mangsa paling tertipu oleh kami. Dia punya la hairan kenapa tiba2 kami semua pi kat dia lepas tu sibuk nak tengok dia buka peti sejuk nak ambil makanan..rupa-rupanya ada udang disebalik batu. memang terkena huahuahua.. tapi kot mana pun, aku adalah mangsa paling teruk sekali yang terkena.. Habis bau sabun, sekejap buih sabun tu bau wangi sekejap bau busuk.. huehuehue..

Abang aku untung sebab birthday dia simple2 pun happening gak.. Birthday aku ? hurmmm.. hadiah ada, tapi tak celebrate pun la.. tak happening.. Actually, kira ok la ada jugak yang ingat birthday aku time tu.. :)

Assalamualaikum..
kbai ! :D

============================================================

~ My Family Birthday ~

Januari - Ikhwan (adik)
Mac - Zulaikha (adik)
Julai - Aida (kak ipar)
September - Abah , Nora (kak)
Oktober - Syahfiz (abang), Nasuha(kak ipar) Nurul (kak), Ziqri (nephew), AKU
November - Mak ,Saiful (adik)
Disember - Syahrul (abang)

Apa2 pun OKTOBER paling ramai, hehheheh.. 

============================================================




Thanks for reading :) comment ok!

Thursday 8 December 2011

Beauty Contest from Aina Rahman

Posted by Zulaikha

Assalamualikum...


Okey! hari nie eiyka berminat nak join contest nie atas bantuan sis eiyka, hidayah..maklum la..eiyka nie newbie,jadi belum kenal lagi dunia blogging nie macam mana.. Lagipun eiyka join contest nie sebab eiyka memang suka bab-bab beauty and the beast nie..hehehe..Hadiah-hadiah pun menarik jugak tau..So, jika uolls nak join boleh klik banner ok :) 

Now, eiyka nak tag mereka yang manis-manis bak lolipop n__n

 d o n e ! :) bye!




Thanks for reading :) comment ok!

Segmen up follower dengan sepantas kilat!

BELOM COBA, BELOM TAW!




Thanks for reading :) comment ok!

Copyright by Nuhieka